Pasukan ke-25 dunia bakal berdepan Bahrain bagi aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum melangkah ke pentas Piala Asia 2023 di Qatar tahun hadapan.
Bahrain berada dalam satu kumpulan bersama Korea Selatan, Malaysia dan Jordan namun masih sepi tanpa sebarang pengumuman berkenaan skuad yang bakal dibawa.
Pasukan ini juga menghadapi prestasi yang kurang memberangsangkan selepas tewas beberapa perlawanan terakhir selain ranking pasukan turun ke kedudukan 86 dunai pada kemas kini terakhir.
Menerusi satu pengumuman oleh Subway Socceroos, pasukan ke-25 iaitu Australia bakal bertemu Bahrain dalam satu aksi yang djadualkan berlangsung pada 6 Januari 2024 di Qatar.
Perlawanan ini bakal menjadi persiapan terakhir buat kedua-dua pasukan sebelum melangkah ke kejohanan penting ini berbaki kurang 21 hari.
Australia yang dibimbing oleh Graham Arnold itu membawa beberapa nama besar seperti Mathew Ryan, Ceron Burges, Aiden O’Neill dan juga Kusini Yengi.
Bahrain dijangka tidak melakukanperubahan besar dalam skuad utamanya menjelang persiapan akhir ke Piala Asia.
Malaysia pula ketika ini hanya memiliki satu lawan sebagai persiapan iaitu pasukan ke-91 dunia sungguhpun anak buah Kim Pan-gon berada dalam momentum terbaik.
Harimau Malaya memungut tambahan +26.1 mata dan melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia untuk memberi motivasi terbaik kepada pasukan.