Pasukan Liga Super Musim 2024/25 Bakal Berkurang Lagi?
Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Pasukan dalam saingan Liga Super musim 2024/25 berpotensi untuk berkurang lagi tatkala saingan bakal bermula kurang sebulan dari sekarang.

Perkara ini disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Kalendar Liga Malaysia yang telah dikeluarkan baru-baru ini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam memberitahu bahawa 13 pasukan bakal bersaing di Liga Super selepas Kelantan FC tersingkir ke Liga A1 Semi Pro.

Advertisements

Selain itu, tiada pasukan daripada Liga M3 yang dinaikkan pangkat sekaligus menyaksikan 13 pasukan sahaja bakal mewarnai kancah bola sepak tertinggi tanah air.

Perkembangan terbaru oleh MFL menyaksikan keputusan jumlah 13 pasukan di Liga Super sebenarnya masih belum muktamad.

“Jadual perlawanan itu melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025 bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding di dalam Liga Malaysia musim ini, maka MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga Malaysia yang lengkap untuk semusim.”

Advertisements

Sebelum ini, KL City dan Kedah berada dalam senarai 6 pasukan Liga Super yang menghadapi sekatan perpindahan pemain namun sudah bebas sepenuhnya daripada hukuman itu menerusi pengumuman kelab masing-masing.

Setakat ini, 13 pasukan kekal berada dalam senarai di Liga Super tertakluk kepada sebarang perubahan akhir oleh MFL.

Aksi pembukaan bakal melibatkan pertembungan juara dan naib juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram