Pasukan Tunku Putera Johor Gapai Podium Di Jepun
UltraSukan
Johor Motorsports Racing
Sponsors

Tunku Putera Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim ceria apabila meraih podium dalam perlumbaan Fanatec GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun.

Baginda yang mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) meraih kedudukan kedua dalam perlumbaan kelas Pro-Am bersama pelumba Perancis, Mikael Grenier pada Sabtu lalu.

Ad

Gandingan Tunku Abu Bakar-Grenier turut membantu JMR meraih kedudukan ketiga keseluruhan dalam pusingan ketujuh kejohanan. Menariknya, JMR bermula dari kedudukan kesembilan sebelum mempamerkan pemanduan mantap untuk meraih kedudukan podium.

Ad

Jentera Mercedes-AMG GT3 EVO milik JMR merekodkan catatan masa satu jam, satu minit dan 57.991 saat (s). Juara kategori Pro-Am diraih oleh pasukan Origine Motorsports menerusi gandingan Wei Lu-Laurin Heinrich dengan catatan masa 1:01:55.765s.

Sementara Audi Sport Asia Team Absolute menerusi gandingan Ruo Han Huang-Markus Winkelhock pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga. Mereka merekodkan catatan masa 1:01:59.281s.

Ad

Hajat JMR untuk menambah baik pencapaian mereka tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat kelas Pro-Am dan keenam keseluruhan dalam pusingan kelapan perlumbaan.

Ad

Situasi ini terjadi disebabkan beberapa insiden yang berlaku dalam perlumbaan yang memaksa kereta keselamatan dibawa masuk ke trek dan penalti.

Ad

Tunku Abu Bakar berharap dapat menambah baik pencapaian tempat keempat dalam musim 2023 menerusi dua perlumbaan seterusnya.

Selepas ini, JMR bakal bersaing dalam pusingan kesembilan dan ke-10 Fanatec GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Okayama pada 23 hingga 25 Ogos. Ini disusuli pusingan ke-11 dan ke-12 di Shanghai, China pada 14 dan 15 September.