Pau Marti Anggap Penghormatan Kemudi Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti merasakan ini bagai satu penghormatan untuk berada di posisi ketua jurulatih Malaysia.

Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih skuad negara bakal menghadapi tugasan pertamanya di kejohanan Pestabola Merdeka minggu hadapan.

Ad

Seramai 26 pemain telah dipanggil oleh jurulatih kelahiran Sepanyol ini dengan kepulangan lapan tonggak utama yang terpaksa disisihkan sebelum ini termasuklah pemain sayap, Arif Aiman.

Ad

Menurut Pau Marti, beliau tampak begitu teruja dan sempat gembira untuk memulakan tugas baharunya bersama skuad

”Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk berjumpa kesemua pemain,” katanya yang ditemui di Kelana Jaya pada Khamis.

Ad

Tambah beliau lagi, tiada sebarang tekanan buat beliau dan berasa ini bagaikan satu penghoramatan untuk bersama pasukan dan membimbing Harimau Malaya.

Ad

”Tiada tekanan, selama 13 tahun sebagai pembantu jurulatih, saya teruja mengambil cabaran baru ini dan ini satu penghormatan buat saya dengan menjadi jurulatih,” ujarnya ketika sesi latihan pertama Harimau Malaya.

Ad

Harimau Malaya bakal bertemu Filipina dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada 4 September ini dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.

Sekiranya skuad negara mencatatkan kemenangan, anak-anak buah Pau Marti akan berdepan pemenang di antara Lubnan dan Tajikistan pada Sabtu, 7 September hadapan.