Ads
Pau Marti: Ini Skuad Terbaik Yang Malaysia Ada
Harimau Malaya
FA Malaysia

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti yakin barisan pemain Malaysia yang dipanggil bagi kejohanan Pestabola Merdeka ini adalah yang terbaik.

Advertisements

Pau Marti yang mengambil alih tugas Kim Pan-gon Julai lalu bakal berdepan tugasan pertamanya dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada awal September ini.

Advertisements

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil oleh Pau Marti termasuklah Arif Aiman yang kembali dari kecederaan.

Advertisements
Advertisements

Menurut Pau Marti, beliau gembira dan teruja untuk menggalas tanggungjawab besar ini selain bercita-cita mahu membawa skuad negara ke peringkat lebih baik.

”Saya amat gembira untuk menggalas peranan ini dan bermotivasi tinggi bagi mengemudi skuad Harimau Malaya,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisements

”Kami juga mahu membawa bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi dan saya fikir masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Maka, tugas ini masih belum selesai.”

Tambah beliau, berdasarkan senarai yang dipanggil, pihak kejurulatihan yakin dengan kemampuan pemain-pemain ini untuk mencapai sasaran di setiap perlawanan yang bakal dihadapi.

”Kami amat berpuas hati dengan pemain-pemain ini dan percaya ini adalah barisan yang terbaik ketika ini yang mampu membantu skuad negara mencapai sasaran.”

”Sudah tentu, kami membawa pemain berpengalaman dan juga pemain muda untuk belajar serta bersedia (untuk diturunkan) apabila tiba masanya nanti,” ujar pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Skuad negara akan berdepan Filipina pada 4 September ini dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka manakala Lubnan akan berdepan Tajikistan pada hari yang sama di sebelah petang.

Advertisements

Pemenang bagi kedua-dua perlawanan ini akan bertemu di perlawanan akhir pada 7 September manakala pasukan yang tewas akan berdepan sesama sendiri di penentuan tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram