Paul Pogba: Semoga Allah Menjaga Rakyat Gaza

pogba haji Paul Pogba: Semoga Allah Menjaga Rakyat Gaza
Paul Pogba

Pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Paul Pogba menzahirkan perasaan hiba terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

Umum mengetahui konflik Palestin-Israel di Gaza yang kini menjangkau 58 tahun sejak warga Palestin menerima semula kehadiran warga Yahudi di sana.

Menerusi hantaran kisah Instagram terbaru, Paul Pogba memuat naik doa “Semoga Allah Menjaga Rakyat Gaza” beserta gambar berita pemergian beberapa kanak-kanak Palestin dalam beberapa siri serangan.

Instagram Paul Pogba

Paul Pogba kini beraksi bersama Juventus selepas kontraknya bersama Manchester United tidak diperbaharui.

Paul Pogba juga merupakan antara bintang bola sepak dunia beragama Islam yang kerap kali memuat naik gambarnya beribadah di tanah suci Mekah dan lain-lain.