Ads
Piala Malaysia
Kuala Lumpur City

Pasti ramai yang tertanya-tanya kelibat pemain naturalisasi negara, Paulo Josue yang tidak kelihatan dalam kem latihan skuad kebangsaan bagi Pestabola Merdeka baru-baru ini.

Advertisements

Kini, kapten Kuala Lumpur City FC (KL City) itu kembali ke padang latihan skuad ibu kota itu. Difahamkan, Josue tidak dapat beraksi bersama skuad kebangsaan bagi Pestabola Merdeka gara-gara dijangkiti demam denggi.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Fateen Syazwani dalam satu ciapan di laman X milik beliau. Namun hasrat Josue untuk beraksi dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia menentang Terengganu tidak akan menjadi kenyataan.

Advertisements

Advertisements

Ini kerana pemain kelahiran Brazil itu digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dalam dua perlawanan menentang Sri Pahang dalam suku akhir bulan lalu.

“Dia (Paulo Josue) kata dah ready untuk beraksi bersama KL City lawan Terengganu dalam semi final PM (Piala Malaysia)lepas sembuh dari denggi, tapi disebabkan penggantungan, kena tunggu perlawanan seterusnya,” kongsi Fateen Syazwani di laman X beliau.

Advertisements
Advertisements

Walaupun sudah berusia 34 tahun, namun statistik Josue bersama KL City masih memperlihatkan bisa yang dimiliki beliau. Untuk musim ini, Josue sudah meledak lapan gol dan telah menyumbang lapan bantuan gol dalam 23 penampilan bagi semua pertandingan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram