PDRM Lambatkan Permainan Untuk Elak Bolos Lagi?
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi pusingan 16 saingan Piala FA malam semalam menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim cemerlang menewaskan pasukan PDRM dengan keputusan 3-0.

Walaupun berjaya meraih kemenangan bergaya, rata-rata peminat JDT tidak puas dengan tiga jaringan yang diledak Harimau Selatan. Mereka yakin bahawa JDT mampu menjaring lebih banyak gol namun terpaksa akur dengan strategi The Cops yang dilihat berkesan apabila di transisi bertahan.

Ad

Dalam ciapan yang dimuat naik di Twitter, PDRM menggambarkan rasa syukur tidak dibolosi banyak gol. Sehingga ke wisel penamat, skuad Sang Saka Biru itu memastikan jaringan minimum dicatat JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Anak buah kendalian Azzmi Aziz telah mempamerkan corak permainan yang baik. Walaupun beberapa kali insiden melengahkan permainan berlaku, gaya bertahan dan disiplin yang ditampilkan keseluruhan pemain PDRM wajar dipuji.

Ad

“Kita tahu musim ini JDT lebih mencabar dan persiapan mereka juga lebih baik. Kita lihat setakat ni dalam perlawanan liga pun dengan 36 gol. Untuk kami di PDRM, kita akui akan beri yang terbaik dan cuba bertahan sehabis baik,” ujar Azzmi Aziz sebelum perlawanan bermula.

Ad

JDT secara sah mara ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2023. Skuad kendalian Esteban Solari ini bakal bertemu antara pasukan Kuching City atau Penang di peringkat suku akhir nanti.

Ad

Pada 19 April kelak, PDRM dan JDT sekali lagi akan bertemu kali ini bagi kempen saingan Liga Super. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.