Advertisement
PDRM Sambar Import Nigeria
Dunia
MakanBola
@JamesOkwuosa

PDRM terus memantapkan persiapan skuad mereka menjelang saingan Liga Super yang akan bermula pada 24 Februari ini. Terbaru, mereka merekrut bek tengah kelahiran Nigeria, James Okwuosa bagi memperkukuh pertahanan mereka.

Pengumuman perpindahan bekas bek tengah kelab Al-Shabab itu dibuat menerusi laman media sosial PDRM hari ini.

Selain Al-Shabab, Okwuosa juga pernah beraksi untuk Qadsia SC, Chippa United dan Orlando Pirates. Bek tengah berusia 32 tahun itu juga pernah mewakili Nigeria sebanyak tiga kali.

Okwuosa mengakui Liga Malaysia amat mencabar dari segi fizikal dan memerlukan ketahanan lazak bila beraksi di atas padang.

“Saya fikir Liga Malaysia lebih fizikal, anda perlu jadi kuat untuk bertahan di sini. Justeru, saya perlu menyesuaikan diri tetapi saya sudah biasa dengan ini,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.