Peja Anggap Sorakan Penyokong Punca Pemain Malaysia Hilang Fokus Di SNBJ
Dunia
freemalaysiatoday
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat antara punca skuad kebangsaan tewas kepada Bahrain adalah disebabkan sorakan penyokong.

Faizal Azumu ataupun lebih dikenali sebagai Peja menyatakan bahawa sorakan penyokong ketika De Paula dimasukkan mengakibatkan pemain yang lain gagal untuk fokus sepenuhnya lalu terus dihukum oleh pihak lawan.

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

Advertisements

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

Tambahnya, jika beliau sendiri berada di atas padang ketika itu pastinya fokus akan terganggu.

Advertisements

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” kata Ahmad Faizal dipetik daripada Harian Metro.

Skuad kebanggsaan dijadualkan akan bertemu pasukan Bangladesh pada 14 Jun ini dan ini merupakan misi wajib menang buat Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram