Pelumba ‘Pening Lalat’, Tersalah Naik Jentera Selepas Terjatuh
UltraSukan
MotoGP
Advertisements

Insiden mencuit hati apabila seorang pelumba Moto3 terjatuh dan menunggang jentera yang salah dalam satu perlumbaaan.

Kejadian tersebut berlaku ketika Americas GP yang berlangsung di Circuit of The Americas apabila Ivan Ortola terlibat dalam satu kemalangan setelah bertembung bersama seorang lagi pelumba, Stefano Nepa di selekoh ke-15.

Ortola, penunggang MTHelmets-MSi yang terjatuh lantas segera mencapai jentera yang terdekat dan menunggangnya dalam usaha beliau untuk menyambung semula perlumbaaan tersebut.

Advertisements

Namun begitu, tanpa beliau sedari jentera yang ditungganginya itu bukanlah miliknya, akan tetapi milik seorang lagi pelumba iaitu Stefano Nepa yang turut terlibat sama dalam pertembungan itu.

Nepa yang mewakili Level Up MTA Racing Team mulai sedar dan terkejut melihat pesaingnya itu berlari laju ke arah motosikalnya. Tanpa berfikir panjang, beliau juga terus meluru sepantas mungkin ke arah Ortola beserta motosikalnya untuk mengambil kembali jenteranya.

Selepas disergah oleh Nepa, Ortola dengan pantas terus meninggalkan jentera tersebut dan kembali mendapatkan motosikalnya yang sudah terjatuh di atas litar sambil dibantu beberapa petugas-petugas di sana.

Advertisements

Kejadian tersebut dimuatnaik oleh akaun MotoGP di media sosial rasmi mereka dan meraih jutaan tontonan selepas tular dalam kalangan peminat sukan permotoran di seluruh dunia.

Rata-rata penonton terhibur melihat gelagat dua pelumba berkenaan yang seakan berebut jentera yang sama dan meninggalkan komen-komen yang lucu di ruangan komen akaun MotoGP.

Tonton video penuh: Di Sini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram