Pemain Bangladesh Rayu Bantuan Warga Bangladesh Untuk Penuhi SNBJ
Asia
FA Bangladesh
Advertisements

Pemain tengah pasukan bola sepak Bangladesh, Atiqur Rahman Fahad merayu kepada warga Bangladesh yang berada di Malaysia untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberi sokongan buat pasukan bola sepak Bangladesh yang akan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur.

Bangladesh dijadualkan akan memulakan kempen dengan bertemu dengan Bahrain pada esok (8 Jun), disusuli Turkmenistan pada 11 Jun dan diakhiri dengan bertemu pasukan tuan rumah, Malaysia pada 14 Jun.

“Kami tahu ada ramai warga Bangladesh di Malaysia. Stadium terbuka untuk semua hadir menonton Kelayakan Piala Asia, jadi kami berharap saudara-saudara Bangladesh di Malaysia akan datang ke stadium dan menyokong kami,” kata Fahad selepas sesi latihan semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Ketua jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera dilihat cuba menyuntik gaya pertahanan berbeza ke dalam pasukan dengan meletakkan garisan pertahanan yang lebih rendah dan menyerang lawan melalui serangan balas.

“Hari ini kami berlatih tentang bagaimana caranya untuk mengekalkan kepadatan barisan pertahanan, bekerja keras dalam set-piece dan bagaimana kami akan mencipta peluang menentang lawan. Jurulatih juga berusaha untuk membina serangan dan memanfaatkan peluang menentang Bahrain,” kata pemain tengah itu seperti dilaporkan oleh The Daily Star.

Pemain Bangladesh sudah bersedia untuk memberi tentangan kepada Bahrain esok dengan persefahaman di antara pemain semakin jitu dan mereka juga melalui persiapan yang baik demi memberikan persembahan terbaik untuk kempen kelayakan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram