Tonggak buruan Liverpool didakwa memiliki salah silah keturunan Malaysia.
Baru-baru ini, Harimau Malaya telah menampilkan persembahan cemerlang apabila menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam bagi aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia juga menerima sentuhan 5 tonggak warisan baharu dengan dua daripadanya – Joao Figuiredo dan Rodrigo
Holgado telah mencatat nama selaku penjaring pada aksi debut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Duo pertahanan tengah, Jon Irazabal dan Facundo Garces turut beraksi cemerlang dan memastikan gawang gol negara tidak dibolosi sepanjang 90 minit permainan.
Namun begitu, berita yang dibawa oleh wartawan Thailand, Offeris Wichitcote mendakwa bahawa tonggak Sepanyol, Mikel Jauregizar memiliki darah Malaysia.
“Separuh akhir UEL ke Harimau Malaya. Mikel Jauregizar ialah warganegara Malaysia,” tulisnya dalam satu hantaran.
Perancang tengah berusia 21 tahun itu beraksi buat Athletic Bilbao di La Liga selain memiliki nilai pasaran setinggi 30 Juta Euro (RM146 Juta) dan beraksi sebanyak 34 perlawanan bagi saingan liga.
Beliau juga merupakan pemain kebangsaan Sepanyol B-21 selain bermain 11 perlawanan bagi Europa League 2024/25.
Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi berhubung status susur galur Mikel bersama Malaysia.