Pemain Chonburi Dilaporkan Mabuk Semasa Memandu, Sebabkan Kematian & Kecederaan Orang Lain
Dunia
mainstand
Advertisements

Penjaga gol Chonburi FC, Worawut Sukhuna dilaporkan mabuk semasa memandu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam. 

Dalam kejadian tersebut, polis menjumpai satu mayat lelaki berusia lingkungan 62 tahun yang dikatakan sedang melakukan senaman telah patah kaki, patah kepala dan kecederaan serius di otak. Seorang lagi difahamkan mengalami kecederaan patah kaki. 

Seorang lagi pemain Chonburi, Chalermpong Kerdkaew juga didakwa cuba untuk membantu Worawut melarikan diri dari tempat kejadian. Oleh sebab itu, pemain tersebut juga tidak akan dibenarkan ke padang sehingga siasatan selesai untuk memeriksa sama ada dia bersalah atau tidak.

Advertisements

Difahamkan, Chonburi FC akan menggugurkan kedua pemain tersebut sehingga siasatan lanjut tamat dan hukuman yang dikenakan mengikut undang-undang. 

Sejurus selepas kejadian itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu membuat satu kenyataan menyatakan bahawa beliau tidak akan melakukan perkara ini lagi.

Advertisements

Beliau baru-baru ini dinamakan antara pemain lain dalam pusingan pertama pemilihan untuk pasukan kebangsaan Thailand U23.

Dengan ini, Chonburi FC akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keluarga mangsa yang terlibat.

Advertisements

Terkini, pengurus pasukan Chonburi,  Sasis Singthothong telah meletak jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap pemainnya itu. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram