Pemain Cilik Lipis Berjaya ‘Menggiurkan’ JDT
Komuniti
Lipis Spartan
Advertisements

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin rancak mendapatkan bakat-bakat cilik untuk diserapkan dalam akademi bola sepak mereka pada masa hadapan.

Pencari Bakat JDT, Diego Griffa baru-baru ini telah hadir ke Kuala Lipis untuk mengesan bakat cilik melalui satu program yang dinamakan JDT Talent ID.

Lebih 200 orang pemain telah hadir ke sesi pemilihan tersebut dengan seramai empat pemain muda dari kelab Lipis Spartan telah disenarai pendek untuk menjalani pemilihan kedua di Pasir Gudang, Johor.

Advertisements

Daripada empat pemain yang terpilih ke Pasir Gudang untuk pemilihan kedua, hanya seorang pemain yang berjaya ‘menggiurkan’ panel pemilihan JDT iaitu adik Akid Ridza.

Berita tersebut telah dikongsikan oleh pihak Lipis Spartan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab tersebut.

Advertisements

“Empat pemain terpilih di Lipis tempoh hari telah selesai menjalani sesi pemilihan seterusnya di Pasir Gudang. 3 daripada 4 pemain tidak berjaya menangkap mata panel manakala seorang pemain ditawarkan kontrak awal untuk menyertai akademi JDT 2027 iaitu adik Akid Ridza.

“Masih ada masa sehingga tarikh tandatangan kontrak untuk ibu bapa fikirkan masak-masak. Walau apa pun pilihan mereka, ia sesuatu pencapaian yang layak kita banggakan kerana Lipis mampu menghasilkan ubi berkualiti yang menggiurkan kelab sebesar JDT,” umum kelab Lipis Spartan di laman Facebook.

Advertisements

Diego Griffa sebelum ini telah menggemparkan arena bola sepak tempatan apabila berjaya merekrut seorang pemain cilik yang merupakan anak masyarakat orang asli, Sa’ap Baharom.

Sa’ap berjaya membuka mata pencari bakat JDT selepas merangkul gelaran kasut emas hasil ledakan 12 gol dalam 6 perlawanan di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia B-12 tahun lalu.

Advertisements

Keseriusan JDT dalam mencari bakat-bakat cilik di seluruh Malaysia seharusnya menjadi ikutan kelab-kelab lain agar dapat membantu negara menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti pada masa hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram