Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu daripada penyokong Kelantan.
Difahamkan, pemain import baharu Kelantan, Christian Mangaron Rontini menerima ugutan bunuh di Instagram miliknya sendiri.
“Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Fans Kelantan yg menghantar ugutan bunuh kepada pemain baru Kelantan FC Christian Mangaron Rontini.
“Sepatutnya sebagai penyokong yang bijaksana haruslah menyambut baik kehadiran pemain baru, lebih lagi Mr Rontini adalah pemain import yg harus ditujukkan budaya Malaysia yg peramah dan baik.
Beliau berharap agar semua penyokong boleh menunjukkan sikap yang baik terhadap orang luar agar menjadi tauladan yang baik.
Lebih dikenali sebagai Zamsaham, beliau difahamkan telah membuat laporan polis dan SKMM berkenaan isu ini.
Tindakan tegas akan diambil untuk membanteras perkara ini supaya ia tidak akan berulang.
“Lebih lagi budaya Masyarakat Kelantan yg bertatasusila selagi tidak kacau.
“Sekali lagi saya kecewa dengan kenyataan ugutan fans ini dan sudah meminta team pengurusan buat satu laporan Polis dan SKMM.
“Ugutan bukanlah sesuatu perkara main-main,” kata Zamsaham dipetik di laman Facebook miliknya tadi.

Christian Mangaron Rontini, merupakan pemain kacukan Itali-Filipina berumur 23 tahun dan beraksi dibahagian pertahanan tengah.
Beliau baru sahaja diumumkan sebagai pemain import terbaru Kelantan semalam.