Pemain Ini Hilang ‘Pedoman’, Buat Hantaran Mengelirukan Rakan Sepasukan
TV
Scott Wachter/USA Today
Advertisements

Normal bagi pemain melakukan kesilapan tetapi tidaklah sampai membuat hantaran kepada pemain lawan. Tetapi itulah yang berlaku kepada pemain gantian Austin FC, Kipp Keller dalam perlawanan Major League Soccer (MLS) menentang St Louis City SC semalam.

Pada ketika itu, tuan rumah mendahului pelawat dengan jaringan 2-1. Pada minit ke-77, cubaan Keller menghantar semula bola kepada penjaga gol Brad Stuver hanya sampai ke kaki Jared Stroud sebelum melepaskan rembatan menewaskan Stuver.

Kalau diikutkan, penyerang St Louis itu berada pada kedudukan ofsaid. Tetapi disebabkan tindakan Keller ‘menghantar’ bola kepada Stroud, dia berada pada kedudukan onsaid dan gol tersebut dikira.

Advertisements

St Louis kemudiannya memenangi perlawanan itu menerusi jaringan Joao Klauss de Mallo pada minit ke-86 sekaligus mengecewakan penyokong Austin.

Di sebalik kesilapan tersebut, ramai berharap Austin kekal setia menggunakan khidmat Keller. Ini kerana pemain tersebut mempunyai masa depan cerah sebagai pemain untuk tahun-tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram