Pemain JDT Kelihatan Selesa, Syihan Hazmi Tunduk Hormat
Dunia
Unifi
Advertisements

Pemain Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi menunjukkan sikap terpuji apabila beliau dilihat menghormati pemain pasukan lawan selepas aksi Liga Super pada kelmarin.

Walaupun terpaksa menerima kekalahan 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim, Syihan dan para pemain Negeri Sembilan FC telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.  

Apa yang mencuri perhatian ketika itu adalah sikap Syihan yang tunduk hormat kepada beberapa pemain senior di JDT yang juga merupakan pemain-pemain Harimau Malaya seperti Farizal Marlias, Shahrul Saad dan Aidil Zafuan. 

Advertisements

Satu klip video telah memaparkan Syihan yang tunduk hormat, bersalaman serta berpelukan dengan pemain-pemain JDT. Kesopanan dan keharmonian seperti ini sekaligus telah memberi sisi pandang yang baik buat industri bola sepak di Malaysia.

https://vt.tiktok.com/ZSRXqLjPw/

Ramai dalam kalangan peminat bola sepak tempatan terharu melihat reaksi Syihan tersebut. Komen-komen positif telah membanjiri ruangan komen di aplikasi Tiktok yang rata-ratanya mengulas berkaitan hal itu.

Advertisements

https://vt.tiktok.com/ZSRXq83PK/

Syihan Hazmi pastinya akan terus menjadi duri dalam daging di benteng terakhir Skuad Jang menjelang baki aksi saingan Liga Super 2022. Negeri Sembilan bakal berdepan Kedah Darul Aman pada Jumaat, 7 Oktober di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram