Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak menyalahkan pemainnya sungguhpun terdapat kesilapan yang hampir memakan nasib pasukan.
Malaysia dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Kepulauan Solomon yang menyebabkan aksi Malaysia tersentak seketika.
Harimau Malaya bagaimanapun kembali mendapatkan rentak apabila menjaringkan dua gol pada babak pertama untuk menutup kesilapan tersebut.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun yakin perkara ini terjadi kepada semua pemain termasuklah pemain berkelas dunia.
“Pemain Malaysia juga manusia. Ini terjadi kepada semua pemain termasuklah pemain berkelas dunia.”
“Sekurang-kurangnya, ini menjadi pengajaran kepada para pemain bahawa dengan satu kesilapan, ia boleh menghukum pasukan,” jelasnya pada sesi sidang media hari ini.
Malaysia mencatatkan kemenangan 4-1 menerusi jaringan Paulo Josue, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Lee Tuck sekaligus memastikan skuad negara meraih 5.20 mata FIFA bagi aksi kali ini.