Advertisements
Pemain Malaysia Kesan Pendekatan Oman Sudah Berubah
Asia
MakanBola
FAM & OFA

Kem Harimau Malaya tampak sudah mula teliti persiapan pasukan Oman apabila sudah memantau beberapa perubahan yang berlaku dalam skuad kebangsaan Oman.

Dijadual berdepan Oman pada 22 Mac kelak, Malaysia berkampung di kem latihan pusat lebih awal dan melakukan persiapan rapi dibawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Menurut perkongsian pemain tengah negara iaitu Brendan Gan, beliau menyedari bakal ada perubahan besar dalam skuad Oman setibanya ketua jurulatih yang baru sahaja dilantik iaitu Jaroslav Silhavy. Pengendali dari Republik Czech itu sudah pasti mempunyai perancangan dan taktikal tersendiri untuk diterapkan dalam pasukan.

”Ya apa yang menariknya, jurulatih mereka (Oman) sudah berubah. Jadi sudah semestinya beliau akan membawa taktikal baharu. Mereka juga pasti akan tambah baik daripada sistem sebelum ini.”

”Dan perkara inilah yang menyukarkan kami. Kena kenalpasti bagaimana mereka bermain dan bagaimana kita nak berdepan dengannya kelak. Untuk kami ketika ini, hanya perlu fokus untuk tingkatkan kualiti pasukan,” ujar Brendan.

Dalam pada itu, general tengah negara Stuart Wilkin memandang Oman sebagai pasukan yang hebat dan miliki banyak kelebihan berbanding Malaysia. Namun Harimau Malaya harus menunjukkan karakter sebenar dan berjuang hingga minit akhir untuk mencatat keputusan positif.

“Oman merupakan pasukan yang kuat dan sudah tentu akan menjadi sebuah perlawanan yang sukar buat kami. Perlawanan ini penting, kami harap dapat capai keputusan yang positif,” ujar Stuart Wilkin.

Skuad kendalian Kim Pan-gon akan menentang Oman untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dengan aksi pertama, Oman sebagai tuan rumah di Muscat pada 22 Mac.

Ini disusuli aksi timbal balik yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Related Articles