Advertisement

Follow us:

Pemain Sayap KL City Alami Kecederaan Pangkal Paha

Partiban Pemain Sayap KL City Alami Kecederaan Pangkal Paha
Metro
Alif Syazani
@SyazaniAlif
9:42am 10/02/2023
Pivo

Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak mengesahkan bahawa pemain sayap KL City, J. Partiban terpaksa berehat selama tiga minggu ekoran kecederaan yang dialaminya.

Partiban difahamkan mengalami kecederaan pangkal paha sekaligus menyebabkan beliau terlepas aksi menentang Negeri Sembilan bagi perlawanan persahabatan dan aksi pembukaan Liga Super 2023.

“Partiban telah mengambil suntikan untuk pemulihan dan akan bersama pasukan selepas pulih. Dia akan terlepas pertemuan dengan Negeri Sembilan dan aksi pembukaan Liga Super nanti.

Dalam pada itu, Bojan Hodak menyatakan bahawa anak buahnya kita berada dalam tahap terbaik untuk menghadapi perlawanan pertama liga menentang Penang FC nanti.

“Persiapan kami berjalan dengan baik. Kami berada di fasa terakhir fasa pramusim dan menjelang perlawanan bertemu Penang kami akan bersedia,” kata Bojan Hodak kepada Astro Arena.