Advertisement

Follow us:

Pemain Sayap Pohang Steelers Sertai Sri Pahang

Lee Ji yong Pohang Steelers Reuters Kim Hong ji Pemain Sayap Pohang Steelers Sertai Sri Pahang
Reuters/Kim Hong-ji
Azim Noor
@mohdazim45
12:05pm 02/03/2023
Pivo

Selepas Fandi Ahmad mendedahkan Sri Pahang berjaya mendapatkan dua awang import dari Korea Selatan, ramai ingin tahu siapa pemain yang dimaksudkan. Salah seorang daripadanya ialah bekas pemain sayap kanan Pohang Steelers, Lee Ji-yong.

Menurut akaun peminat @Pohang_EN, Ji-yong merupakan sebahagian daripada kumpulan pemain yang dilepaskan Steelers pada Disember tahun lepas. Ini menjadikannya sebagai ejen bebas dan bebas berhubung dengan mana-mana pasukan yang berminat.

Kehadiran Ji-yong di bahagian sayap dilihat mampu meningkatkan peluang buat jentera serangan Sri Pahang yang diterajui Kpah Sherman dan Lucas Silva.

Ji-yong bukan satu-satunya pemain Korea yang membarisi skuad Tok Gajah musim ini. Pemain tengah Lee Jeong-geun turut menyertai pasukan Liga Super itu selepas kontraknya bersama Yangpyeong FC tamat.

Walaupun boleh beraksi di bahagian tengah, Jeong-geun juga boleh diturunkan ke bek tengah sekiranya diperlukan. Yang pasti, kehadiran dua pemain ini mampu menjadikan Sri Pahang lebih mantap dalam Liga Super musim ini.