Advertisement
Pemain Scotland, Fergus Tierney Dalam Senarai 25 Pemain Ke Kem Latihan Kebangsaan
Harimau Malaya
MakanBola
Fergus Tierney

Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney berada dalam senarai 25 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Pemain dengan kelebihan fizikal ini lahir pada tahun 2003 di Scotland dan aktif berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuklah bersama Penang FC dan JDT 2.

Sebelum ini, beliau pernah dikesan beraksi dalam satu perlawanan bersama JDT 2 dalam 1 perlawanan persabatan di antara JDT 2 menentang Petaling Jaya City pada 4 Februari 2022.

Fergus sebenarnya memegang pasport British dan layak untuk menerima pasport Malaysia kerana sudah lama menetap di sini.

Bukan itu sahaja, beliau yang baru sahaja berumur 20 tahun mempunyai kelebihan fizikal dengan ketinggian 184 cm selain kekuatan stamina luar biasa.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh FAM sebentar tadi, nama-nama seperti Sikh Izhan, Firdaus Irman, Umar Hakeem dan Alif Izwan kekal berada dalam senarai.

Muka baharu seperti Haziq Kutty yang juag merupakan adik kepada bintang JDT, Syamer Kutty turut berada dalam senarai.

Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, E Elavarasan kini mahu mempersiapkan pasukan bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa, 14 Februari 2023 hingga Ahad, 19 Februari 2023.