Pemain Selangor Dominasi Skuad Brad Maloney Di Piala AFF B-23
Dunia
FAM
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah mengumumkan senarai akhir 28 orang pemain yang bakal dibawa ke kejuaraan B-23 AFF 2022 yang bakal berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.

Dalam senarai yang dikeluarkan itu, pemain pasukan Selangor dilihat menjadi sandaran utama jurulatih pasukan, Brad Maloney apabila seramai 6 orang pemain terpilih untuk membawa cabaran negara kali ini.

Bukan itu sahaja, nama-nama ini bukanlah asing disebabkan kehadiran mereka sudah pun dilihat beberapa kali mendapat kepercayaan Maloney.

Advertisements

Gandingan 4 serangkai di barisan pertahanan seperti Sikh Izhan selaku penjaga gol dan juga 3 pemain pertahanan tengah iaitu Harith Haiqal, Zikri Khalili dan juga Azrin Afiq turut berada dalam senarai.

Selain itu, kepercayaan juga turut diberikan kepada dua pemain iaitu Fakhrul Iman dan Faiz Amer untuk membarisi skuad segar ini.

Namun begitu, hanya seorang sahaja pemain dari pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang dipanggil iaitu Shafi Azswad yang menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang telah pun disahkan positif COVID-19.

Advertisements

Nama-nama seperti Azfar Fikri yang menyerlah ketika membantu pasukan muda negara dalam kempen kelayakan Piala Asia bawah 23 sebelum ini masih mendapat tempat selain bekas penyerang berbisa Liga Perdana, Azhad Harraz turut dipanggil.

Malaysia yang berada dalam kumpulan B bakal berdepan cabaran Myanmar dan juga Laos setelah pasukan negara jiran, Indonesia membuat keputusan untuk menarik diri.

Kejohanan ini dijangka berlangsung dari 14 Februari sehingga 26 Februari dalam usaha Malaysia meraih keputusan yang positif dalam kempen kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram