Dunia
AP / Bruna Prado
Advertisements

Juara 8 kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah semestinya mahu membina skuad terbaik bagi memberi saingan di peringkat Asia. Umum mengetahui, JDT sudah mencipta sejarah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini.

Selepas mempamerkan aksi terbaik di pentas Asia, JDT pastinya mahu mengekalkan ataupun menambah baik pencapaian terbaik mereka itu pada edisi-edisi ACL yang mendatang. Demi mencapai sasaran tersebut, pemain-pemain berkualiti perlu ditandatangani untuk sama-sama membawa pasukan JDT terbang lebih jauh.

Baru-baru ini terdapat desas-desus bertebaran mengenai kehadiran semula bekas penyerang JDT, Juan Martin Lucero yang dikatakan akan menyertai JDT semula dalam masa terdekat ini. Namun begitu, pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim memberitahu bahawa dia sendiri tidak tahu mengenai perkara itu.

Advertisements
image 14 Pemain Skuad Kebangsaan Argentina Berada Dalam Radar JDT
Lucero menerima hadiah jersi JDT dan telah memuatnaik ucapan terima kasih kepada TMJ dan JDT.

DYAM Tunku Ismail juga mendedahkan dalam satu ciapan di laman twitternya bahawa Papu Gomez yang kini beraksi untuk Sevilla turut berada dalam radar untuk menyarung jersi JDT pada tahun hadapan. JDT sudah mempunyai perancangan untuk menambah baik skuadnya bagi melalui musim mendatang.

Papu Gomez merupakan pemain skuad kebangsaan Argentina dengan sudah mengumpul 14 kaps setakat ini. Papu hadir ke Sevilla selepas berhijrah dari Atalanta pada tahun 2021.

Walaupun sudah menjangkau umur 34 tahun, namun pada musim lalu beliau masih lagi mempunyai tahap kecergasan yang tinggi apabila kerap kali diturunkan dalam kesebelasan utama Sevilla. Pemain sayap lincah ini sudah pasti akan menambah kekuatan pasukan JDT apatah lagi mempunyai pengalaman luas pernah beraksi di pentas tertinggi eropah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram