Pemain Terkaya Dunia, Faiq Bolkiah Dilepaskan Chonburi
Asia Tenggara
@theaseanball
Advertisements

Dengan saingan Thai League 1 sudah berakhir, kelab-kelab mula melepaskan senarai pemain yang dikekalkan. Bagi pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah, jodohnya bersama Chonburi tidak berkekalan selepas kelab itu mengumumkan namanya sebagai antara pemain yang dilepaskan pada akhir musim.

Mengikut kenyataan rasmi Chonburi, selain Faiq Bolkiah, Go Seul-ki, Yoo Byung-soo, Renato Kelic, Danilo Alves, Dennis Murillo, Diego Bardanca dan Jesse Curran turut dilepaskan selepas kontrak mereka berakhir.

The Sharks mengumumkan perlepasan lapan pemain yang tamat kontrak pada akhir musim ini. Chonburi FC mengumumkan perlepasan lapan pemain selepas tamat musim 2022-2023 iaitu Faiq Bolkiah, Go Seul-ki, Yoo Byung-soo, Renato Kelic, Danilo Alves, Dennis Murillo, Diego Bardanca dan Jesse Curran.

Advertisements

“Chonburi FC mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana menunjukkan komitmen dan profesionalisme termasuk kepada kumpulan penyokong Chonburi Sharks sepanjang musim lepas. Chonburi FC mengucapkan selamat berjaya untuk perjalanan karier mereka yang seterusnya,” kata kelab dalam satu kenyataan di Facebook.

Selain Chonburi, Faiq Bolkiah pernah juga beraksi dengan kelab Portugal, Maritimo. Baginda yang juga putera saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah juga pernah beraksi bersama pasukan remaja Southampton, Chelsea dan Leicester.

Musim lepas, Faiq Bolkiah merekodkan 17 penampilan dalam liga dan menyumbat dua gol. Ini termasuk gol kemenangan Chonburi ke atas Port FC pada November tahun lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram