Pemain Vietnam Tak Selesa Beraksi Di Padang Tiruan Singapura
Dunia
Fasingapore
Advertisements

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengakui berasa pelik bagaimana padang tiruan dibenarkan dalam saingan Piala AFF 2022 meskipun FIFA tidak mengalakkan untuk pemain beraksi di rumput tiruan.

Memetik laporan VnExpress, ramai pemain Vietnam berasa tidak selesa ketika beraksi di padang tiruan kerana permukaan yang berbeza dan mudah untuk cedera.

Walaubagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu masih belum pasti punca pemainnya tidak beraksi dengan baik disebabkan rumput tiruan atau tekanan pasukan lawan.

Advertisements

“FIFA mengesyorkan supaya tidak bermain di atas rumput tiruan kerana mudah cedera. Bagaimanapun, Piala AFF 2022 membenarkannya.

“Mungkin pemain Singapura sudah terbiasa dengan stadium ini, jadi lebih mudah untuk mereka menggunakan taktik mereka dan sebenarnya Singapura bermain baik,” kata Park Hang Seo dipetik daripada VnExpress.

Singapura berjaya mengikat Vietnam tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura sekaligus kedua pasukan itu berkongsi 7 mata dalam peringkat kumpulan B.

Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan B menyaksikan Vietnam akan menentang Myanmar dan Singapura akan bertandang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Ini adalah misi wajib menang untuk kedua-dua pasukan untuk terus melayakkan diri ke pusingan separuh akhir nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram