Pemain Wolves Justin Hubner Calon Naturalisasi Timnas B-20 Indonesia
Dunia
Wolverhampton Wanderers FC
Advertisements

PSSI ketika ini sedang menggerakkan proses naturalisasi dua orang pemain bagi mengukuhkan Timnas B-20 Indonesia. Salah seorang daripada mereka ialah bek tengah Belanda, Justin Hubner.

Hubner merupakan pemain B-21 kelab EPL, Wolverhampton Wanderers. Selain Wolves, dia juga pernah beraksi untuk pasukan remaja Den Bosch dan Brabant Youth.

Hubner merupakan sebahagian daripada empat pemain naturalisasi yang dicadangkan Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafri kepada jurulatih Timnas B-20, Shin Tae-yong.

Advertisements

Tae-yong tertarik dengan kualiti permainan yang dibawa Hubner. Malah, beliau melihatnya sebagai tonggak penting Timnas B-20 bagi mendepani Piala Dunia B-20 pada tahun hadapan.

Proses naturalisasi pemain remaja itu dijangka tidak berdepan masalah. Ini disebabkan bapanya merupakan warga Indonesia yang kini menetap di Belanda.

Pernah tampil untuk pasukan B-19 Belanda, Hubner juga turut berminat mewakili negara kelahiran bapanya itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram