Stadium Sultan Ibrahim kini tinggal beberapa hari saja lagi untuk siap sepenuhnya dan laman Facebook JOHOR tetap Johor (JTJ) telah memuat naik gambar kotak korporat JDT yang telah siap sepenuhnya.

Stadium Sultan Ibrahim merupakan rumah baru buat pasukan Johor Darul Ta’zim dan bakal dirasmikan secara komersial semasa pembukaan perlawanan Liga Super dan Piala Sumbangsih pada 28 Februari 2020.
BACA: KJ Sertai TMJ Dalam Perlawanan All Stars Pembukaan Stadium Baru JDT





BACA: Pemain Ternama Dunia Minat Beli Saham JDT

Stadium Sultan Ibrahim memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk dan dan bakal menjadi mercu tanda dan kebanggaan buat penduduk Johor.