Pembangunan Bakat Muda Di Malaysia Membimbangkan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia diharapkan lebih memberi fokus untuk meningkatkan mutu pemain tempatan bagi memacu cabaran kelab-kelab yang bersaing di Liga Super.

Perkara ini disuarakan oleh bekas pertahanan negara, S. Subramaniam kepada Astro Arena apabila merasakan bahawa ketika ini, fokus lebih terarah kepada pemain import yang diambil oleh pasukan bagi memantapkan skuad sedia ada.

Umum mengetahui bahawa setiap pasukan di Liga Super dibenarkan untuk mendaftar seramai 9 orang pemain import bagi musim 2023.

Advertisements

Namun begitu, menurut pemerhatian Subramaniam, sesetengah pemain import yang dibawa masuk gagal mempamerkan aksi yang diharapkan untuk membantu pasukan.

Beliau menganggap ia sebagai satu kerugian tatkala jumlah yang besar perlu dibelanjakan untuk menandatangani pemain import.

“Bila kita ambil pemain import untuk membantu pasukan, kita yang pilih, kita kena pilih yang betul la.”

Advertisements

“Kalau sekarang kita ada kuota 9 dan kalau ada 5, sekurang-kurangnya kita kena pilih 4 yang betul. Ini sindrom di Malaysia. Kita melabur kepada pemain import tetapi rugi jika mereka beraksi sama atau kurang berbanding pemain tempatan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Bekas pertahanan Kelantan ini melihat sewajarnya pelaburan ini dilakukan terhadap bakat muda tempatan yang bakal menjadi pewaris generasi bola sepak Malaysia.

“Lebih baik kita melabur kepada pemain tempatan. Mungkin 3-4 tahun mereka akan menyinar. Mungkin kita akan tengok pemain setanding Safee dihasilkan lagi.”

Advertisements

Malaysia juga ketika ini masih ketandusan bakat pemain pada beberapa posisi kritikal terutamanya penyerang tulen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram