Pembantu Kim Pan-gon Telah Dikenal Pasti
Dunia
AFP
Advertisements

Seorang jurulatih Liga Super telah pun dimuktamadkan bakal menjadi individu terakhir bagi melengkapkan senarai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang diketuai oleh Kim Pan-gon.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh pengacara terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad memberi bayangan mengenai kriteria yang berjaya menambat hati pihak FAM dan juga Pan-gon sendiri.

Jelas beliau dalam ciapan tersebut, antara kriteria yang dimiliki oleh bakal pembantu kepada jurulatih yang berasal dari Korea Selatan ini termasuklah seorang yang berkelayakan dan telah pun membuktikan kredibiliti beliau di pentas bola sepak tempatan.

Advertisements

Sebelum ini, sudah tular beberapa kriteria bayangan yang dimahukan sebagai pembantu Pan-gon antaranya termasuklah seorang yang berpengalaman mengenai kancah bola sepak di Malaysia.

Namun begitu, menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, beliau menegaskan bahawa bekas jurulatih pasukan Hong-Kong itu bakal menentukan calon pembantunya sendiri setelah senarai akhir akan dimuktamadkan oleh Pengarah Teknikal dan juga FAM.

Jurulatih berusia 53 tahun ini juga akan membawa empat pembantu iaitu iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis bersama-sama dalam staf kejurulatihan.

Advertisements

Pan-gon dijangka bakal diperkenalkan dalam satu sidang media pada Khamis ini kepada umum di samping bakal menerangkan hala tujunya bersama Harimau Malaya.

Cabaran terbesar Pan-gon adalah untuk menilai prestasi para pemain tempatan menjelang aksi Liga Super Mac ini sebelum memilih barisan pemain terbaik yang bakal diuji dalam perlawanan persahabatan yang turut berlangsung pada Mac.

Ini juga bakal menjadi medan persiapan terbaik buat Malaysia sebelum para pemain dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023, Jun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram