Pembinaan Horizon Beranang Circuit Selesai, Dilengkapi 12 Susunan Litar Buat Orang Awam
UltraSukan
Two Wheels
Advertisements

Horizon Beranang Circuit yang sudah siap pembinaannya bakal menjadi tarikan orang ramai tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di Facebook Two Wheels menyaksikan gambaran secara penuh Horizon Beranang Circuit yang sedang menunggu tarikh untuk dirasmikan.

“Kerja-kerja terakhir ke atas Horizon Beranang Circuit kini telah selesai dan ianya bakal dibuka secara rasmi kepada orang awam tidak lama lagi,” tulis Two Wheels di laman Facebook.

Advertisements

Menurut Two Wheels lagi, litar ini merupakan ilham daripada tenaga kerja Horizon Motorsports serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan orang ramai menonton atau menyertai sebarang acara yang diadakan di litar ini.

“Diilhamkan oleh tenaga kerja Horizon Motorsports, litar ini direalisasikan diatas tanah berkeluasan 6 ekar dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang, menempatkan litar sepanjang 1km serta kemudahan sokongan seperti pit, tempat penonton, kafe dan lain-lain.”

Kelainan yang ditawarkan oleh litar yang terletak di Hulu Langat, Selangor ini adalah susunan litar yang pelbagai sehingga 12 pilihan yang bersesuaian dengan keperluan pelumba yang terlibat.

Advertisements

“Apa yang menjadikan Horizon Beranang Circuit istimewa dan berbeza dari litar-litar kecil yang lain adalah dari segi susun atur litar dimana HBC mempunyai 12 pilihan susunan yang bole disesuaikan mengikut keperluan latihan serta jentera lumba anda,” tambah Two Wheels lagi.

Dengan adanya litar sepanjang satu kilometer ini, industri sukan perlumbaan negara akan bertambah rancak dengan penganjuran berbagai aktiviti bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram