Pemilik Kaki Jersi ‘Buka Mulut’ Isu Penajaan Jersi Perak

kaki jersi perak fc Pemilik Kaki Jersi 'Buka Mulut' Isu Penajaan Jersi Perak
Kaki Jersi
Syafiq Freman @syafiqfreman
11:09pm 16/03/2022

Pemilik Kaki Jersi Sdn Bhd menerusi akaun Twitternya @ronramka menafikan khabar angin bahawa syarikatnya lari dari tanggungjawab menaja pasukan Perak FC yang kini dibelenggu masalah tunggakan gaji.

Kaki Jersi sebelum ini diumumkan sebagai penaja rasmi pakaian Perak FC pada musim 2021 namun secara tiba-tiba dilihat ‘hilang’ dari radar pasukan Perak.

Menurut KemarKJ, kontrak pihak Kaki Jersi bersama pasukan Perak FC adalah 2 tahun namun ianya diganti dengan jenama barangan sukan dari Itali, Lotto pada November 2021.

“Hal Perak FC ini, Kaki Jersi sepatutnya kontrak 2 tahun, bulan 11 tempoh hari sudah bersedia baju latihan semua, tiba-tiba mereka nak tukar Lotto.

“Saja maklumkan kerana ramai cakap Kaki Jersi ‘belah’ sebab Perak FC turun Liga Premier. Habis itu, Negeri Sembilan (turut ditaja Kaki Jersi) musim lepas main liga apa?”

Sebelum ini timbul desas-desus pihak Kaki Jersi ‘lari’ dari penajaan skuad Perak namun KemarKJ tampil menafikan hal tersebut dan memaklumkan masalah sebenar yang telah berlaku.

Perak FC yang kini diuruskan oleh pemilik baru dikatakan mengalami masalah tunggakan gaji beberapa bulan dan penyokong Perak mencadangkan agar kutipan derma dibuat untuk meringankan beban pasukan.

Kaki Jersi merupakan jenama pakaian sukan tempatan yang kini meningkat naik dalam pasaran Malaysia dengan kualiti setanding jenama sukan dari luar negara.