Peminat Setia Terengganu Ini Kecewa Dengan Adisak Kraisorn
Hiburan
Terengganu FC
Advertisements

Salah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu menzahirkan rasa kecewa terhadap persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharu pasukan, Adisak Kraisorn.

Dalam satu temubual bersama segmen Ais Play Terengganu, peminat ini berkongsikan pandangan ikhlas beliau mengenai prestasi semasa pasukan Peteh.

Katanya, sekiranya beliau diberikan peranan selaku jurulatih, ada beberapa perkara yang mahu diperbaiki dalam usaha meningkatkan mutu pasukan di atas padang.

Advertisements

Beliau juga sempat mengenal pasti beberapa kelemahan termasuklah jentera tengah pasukan yang kurang efektif.

Namun begitu, fokusnya terarah kepada jentera serangan pasukan yang dilihat banyak mensia-siakan peluang di hadapan gol lawan.

“Saya memang minat Mamut. Dari dulu saya cakap yang Mamut akan mendapat rentak di Terengganu namun beliau memerlukan masa.”

Advertisements

Beliau juga kelihatan risau dengan prestasi penyerang pasukan kebangsaan Thailand yang seolah-olah longlai di atas padang.

“Sekarang ni Adisak pula kurang menjadi. Nampak beliau lemah sangat dan tak boleh nak jaringkan gol. Tapi Terengganu tak ada pemain lain untuk menggantikan Adisak,” jelasnya dalam temu bual tersebut.

Individu ini juga mahu ‘membasuh’ pemain Terengganu sekiranya beliau diberikan peluang untuk menjadi jurulatih.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram