Penalti Kontroversi Punca Manchester United Tewas Mengejut
Eropah
Jan Kruger/Uefa/Getty Images
Advertisements

Real Sociedad mengalahkan Manchester United dalam perlawanan pertama kumpulan Liga Europa menerusi penalti kontroversi Brais Mendez di Old Trafford semalam.

Perlawanan ini hanya diteruskan selepas mendapat nasihat Persatuan Bola Sepak (FA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Susulan itu, pemain kedua-dua pasukan diarah memakai lilitan hitam pada lengan dan menghormati tempoh tafakur selama seminit.

Advertisements

Papan iklan jenama di Old Trafford juga tidak dinyatakan sepanjang perlawanan dengan semuanya berwarna hitam dan membawa mesej berkabung pada hari itu.

Babak pertama menyaksikan United mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak menemui penyudah.

Advertisements

Pada minit ke-30, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Red Devils. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Pengurus United Erik Ten Hag membawa masuk Bruno Fernandes dan Lisandro Martinez pada babak kedua untuk memecah kebuntuan.

Advertisements

Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Sepakan bola David Silva terkena tangan Martinez dalam kotak penalti mengakibatkan Sociedad diberi sepakan penalti.

Selepas merujuk dengan VAR, pengadil Marco Di Bello tetap dengan keputusannya walaupun dibantah pemain-pemain United.

Advertisements

Mendez tenang menyudahkan penalti untuk pasukan pelawat pada minit ke-59. Red Devils cuba bangkit tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Manchester United akan bermain dalam perlawanan kedua Liga Europa menentang Sheriff Tiraspol di Moldova pada 15 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram