Penalti Paling Pelik Dalam Sejarah Berlaku Di Maghribi
TV
Arryadia TV
Advertisements

Ramai peminat bola sepak tidak percaya dengan tindakan seorang pengadil yang menganugerahkan penalti aneh kepada sebuah pasukan Maghribi.

Peristiwa ini berlaku dalam aksi Botola Pro Inwi (divisyen utama bola sepak Maghribi) membabitkan SC Chabab Mohammedia dan Club Athletic Youssoufia Berrechid pada 15 Februari lalu.

Dengan perlawanan berbaki beberapa minit saja untuk tamat, Youssoufia Berrechid ketika itu mendahului pada kedudukan 2-1.

Advertisements

Pemain tengah Chabab, Anas Boukram kemudiannya menjatuhkan diri dalam kotak penalti tanpa bersentuhan pemain yang paling hampir dengannya, Hamza Malki.

Anas mendakwa dirinya dikasari pemain pertahanan Youssoufia Berrechid itu tetapi tidak dilayan oleh pengadil.

Bagaimanapun, semua itu berubah apabila pengadil diminta ke monitor pembantu pengadil video (VAR) untuk meneliti insiden tersebut.

Advertisements

Monitor VAR memperlihatkan jelas sekali Anas terjatuh tanpa sebarang sentuhan pihak lawan. Malangnya, pengadil memilih memberi sepakan penalti kepada Chabab selepas merujuk dengan VAR.

Keputusan ini mencetuskan kemarahan pemain pelawat tetapi bantahan mereka tidak dilayan oleh pengadil.

Bek tengah Chabab, Hamza Bahaj menyempurnakan penalti kontroversi itu dan memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram