Penalti Yuya Osako Menggoncang Dunia Bola Sepak
Asia
Vissel Kobe
Advertisements

Penyerang Vissel Kobe, Yuya Osako telah menghasilkan satu kegagalan penalti yang menggoncang dunia bola sepak terutamanya di Jepun.

Dalam aksi Liga J1 Jepun di antara Vissel Kobe dan FC Tokyo semalam, Vissel Kobe telah dihadiahkan sepakan penalti seawal minit ke-9 perlawanan.

Osako yang mengambil tugas sepakan penalti itu gagal menyudahkannya dengan menyaksikan bola melambung jauh kiri gawang dan keluar dari permainan.

Advertisements

Melihat kepada video tersebut, Osako berkemungkinan tergelincir lalu mengakibatkan sepakan penalti yang diambil sukar untuk dikawal dan seterusnya menyelamatkan FC Tokyo daripada dibolosi di awal permainan.

https://twitter.com/naoboys2019/status/1766362375962366023

Walau bagaimanapun, Osako berjaya membalas kegagalan tersebut dengan jaringan kemenangan buat Vissel Kobe pada minit ke-74. Vissel Kobe menang 2-1 dalam aksi itu.

Vissel Kobe kini menghuni kedudukan ke-4 Liga J1 dengan mengumpul 6 mata selepas 2 perlawanan manakala FC Tokyo yang masih kemarau kemenangan berada di tangga ke-16 dengan mengumpul 2 mata selepas 3 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram