Penang FC rancak membuat persiapan musim 2025/26 dengan mendapatkan lapan pemain baharu.
Lapan pemain tersebut ialah Wan Zack Haikal Wan Noor, Akmal Zahir, Ariff Farhan Md Isa, Amirul Hisyam Awang Kechik, Bruno Suzuki, Firdaus Saiyadi, Ahmad Irfan Mohd Noor dan Chia Ruo Han.
Kesemua perpindahan ini diumumkan pengurusan Sang Harimau Kumbang di platform rasmi pasukan itu.
Perpindahan ini sekaligus mengesahkan kenyataan Pengurus Besar Penang, Jeffrey Chew bahawa beberapa pemain Perak FC dan Kedah Darul Aman FC akan menyertai pasukan itu.
Akmal Zahir, Ariff Farhan dan Amirul Hisyam berkelana ke Penang selepas meninggalkan Kedah. Firdaus dan Wan Zack Haikal pula tiba dari Perak.
Irfan dan Ruo Han merupakan bekas bintang skuad muda Johor Darul Ta’zim (JDT). Suzuki pula menyertai Sang Harimau Kumbang selepas memilih meninggalkan PDRM FC.
Penang dijangka lebih sibuk dalam mendapatkan khidmat tonggak import. Ini ditambah dengan keperluan mencari bek tengah baru menggantikan bekas kapten, Rafael Vitor.
Antara nama yang dikaitkan dengan Penang ialah Tchetche Kipre, Danilo Sipovac dan Thiago Oliveira Fernandes.