Advertisement
Penang Buru Kereta Kebal DNA ‘Kim Pan-gon’
Dunia
MakanBola
Lao Dong

Pasukan Liga Super, Penang FC dikhabarkan mahu membawa masuk seorang pertahanan tengah kelahiran Korea Selatan, Sae Ahn-hee.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tonggak utama buat sebuah pasukan di Liga Vietnam ketika ini iaitu Hoang Anh Gia Lai (HAGL FC).

Bekas bintang kelab gergasi Korea, Pohang Steelers ini berada dalam radar pasukan utara tanah air itu yang serius mahu memantapkan pertahanan pasukan.

Bintang tinggi lampai ini mempunyai pengalaman yang luas dalam siangan Liga Korea selain beraksi dengan cemerlang musim ini.

Beliau telah berjaya meledak satu gol dan menyumbang dua bantuan gol dalam 8 penampilan liga musim ini.

Penang dilihat serius mahu memadam episod luka pasukan musim lalu dan kembali garang menjelang sepak mula 2023.