Penang FC Dan Terengganu FC Berharap Adib Raop Lekas Sembuh Dan Meneruskan Karier
Dunia
balrz tv
Advertisements

Insiden pergaduhan yang berlaku semasa perlawanan terakhir antara Terengganu II FC dan Penang FC malam semalam ternyata mendapat perhatian para peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

Walaupun ianya agak memalukan industri bola sepak Malaysia, kenyataan media kedua-dua pasukan telah dimuatnaik untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Dalam kenyataan media yang dibuat Penang FC, mereka menjelaskan tindakan Adib Raop yang cuba meleraikan insiden pergaduhan yang berlaku telah disalah erti sebagai satu bentuk provokasi oleh pemain lawan yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius di bahagian hidung akibat tindakan secara fizikal tersebut.

Advertisements

Adib Raop juga dilihat sebagai mangsa keadaan oleh pengurusan Terengganu FC kerana dalam kenyataan media yang dimuatnaik, mereka menjelaskan pemain berjersi nombor 11 mereka iaitu Ridzuan Razali cuba mempertahankan diri selepas diserang pemain Penang dan secara spontan (tidak sengaja) menumbuk muka Adib Raop.

Pihak pengurusan Terengganu FC serta penganjur kejohanan telah berjumpa pihak pengurusan Penang FC seterusnya memohon maaf di atas apa yang telah terjadi melibatkan pergaduhan sesama pemain kedua-dua pasukan setelah tamat kejohanan.

Pihak Terengganu FC juga berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi dan menjadikannya iktibar dan pengalaman untuk penganjuran kejohanan akan datang.

Advertisements

Kedua-dua pasukan juga mendoakan kecederaan yang dialami Adib Raop tidak begitu serius dan dapat meneruskan karier bola sepak seperti yang dirancang.

Pihak pengurusan Penang FC merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak Terengganu FC selaku pihak penganjur yang telah menjayakan kejohanan ini dengan baik sekali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram