Advertisement
Penangan ‘Tonik’ Baru, Liridon Krasniqi Kembali Meledak
Piala Malaysia
MakanBola
Liridon Krasniqi

Bisa perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi kembali menjelma apabila beliau memainkan watak penting untuk membawa pasukan ke suku akhir Piala Malaysia.

Bintang kelahiran Kosovo itu dimasukkan pada babak kedua permainan yang menyaksikan anak buah Tomislav Steinbruckner tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan Liga M3, KL Rovers.

Pemain naturalisasi negara ini cemerlang membentuk gandingan di bahagian tengah tatkala sentuhan penyudah berbisanya mengukum pasukan pelawat.

Bekas pemain Kedah Darul Aman ini bertindak baik untuk melihat kealpaan lawan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol KL Rovers, Ameerul Eqhwan pada minit ke-72.

Pemain yang mesra disapa Matdon ini baru sahaja selesai melangsungkan perkhawinan bersama pasangan pilihannya.

Prestasi beliau dilihat terus memuncak apabila tampil penuh bertenaga dan konsisten sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kejayaan Terengganu menyaksikan mereka bakal menanti cabaran pasukan Lembah Klang, Selangor FC atau PDRM FC yang bakal berentap hari ini.

Klip penuh: Gol Liridon Krasniqi