Pencuri Sanggup Curi Jersi, Adik Ini Menangis Rindukan Jersi Kesayangan
Hiburan
Perak & Amimaziah
Advertisements

Seorang kanak-kanak terpaksa menelan hakikat perit bahawa jersi kesayangannya lesap sekelip mata.

Menerusi satu perkongsian seorang ibu yang dikenali sebagai Amimaziah Asriazaimi, beliau bercerita mengenai detik jersi anak kesayangannya hilang di rumah sendiri.

Katanya, jersi Perak FC tersebut hilang ketika ia dijemur di kawasan belakang rumah pada bulan Ramadan yang lalu.

Advertisements

Perbuatan tersebut sukar diterima tatkala insiden itu berlaku dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan.

“Bulan Ramadan yang mulia ini ada juga manusia yang suka mencuri.”

Kata ibu tersebut, anaknya beliau sukar menerima kejadian tersebut sehingga menangis selama dua hari berturut-turut.

Advertisements

Perkongsian itu dibuat dengan harapan ada mana-mana pihak yang terambil atau mengambil dengan sengaja dapat memulangkan semula jersi anaknya.

Jersi yang hilang tersebut merupakan jersi Perak FC yang juga menjadi antara kesayangan anak beliau.

Sekiranya terdapat pihak yang mahu menghadiahkan kepada anak tersebut amatlah dialu-alukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram