Advertisements
Pengadil Timur Tengah Adili Aksi China & Indonesia
Asia
MakanBola
Vietnam FF

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan China dan Indonesia bakal diadili oleh seorang pengadil dari Timur Tengah.

Akhbar Kompas melaporkan aksi keempat Kumpulan C itu bakal diadili oleh pengadil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Al-Ali.

Omar memiliki pengalaman sebagai pengadil bukan saja dalam saingan UAE Pro League. Malah, beliau juga turut diberi peluang untuk mengadili kejohanan di peringkat Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Ini bukan kali pertama Omar diberi tugas mengadili aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia. Sebelum ini, beliau bertanggungjawab mengadili aksi pertama Kumpulan C membabitkan Australia dan Bahrain.

Aksi tersebut berakhir dengan kemenangan mengejut Bahrain ke atas The Socceroos menerusi jaringan sendiri Harry Souttar.

Perlawanan tersebut turut menyaksikan Omar melayangkan kad merah kepada Kusini Yengi selepas melakukan terjahan keras terhadap pemain Bahrain, Sayed Baqer.

Penyokong Indonesia mengharapkan situasi sama tidak berulang menjelang aksi China menentang Tim Garuda di Qingdao pada 15 Oktober ini.

Penyokong Indonesia turut ceria apabila pemain FC Copenhagen, Kevin Diks menjadi pemain terbaru menyatakan kesediaan menyarung jersi pasukan itu.