Ads
Gol Lewat Bahrain Kecewakan 10 Pemain Australia
Asia
Bahrain National Team

Aksi pertama kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Australia tewas tipis di tangan Bahrain di Gold Coast.

Advertisements

Bahrain hadir ke gelanggang Australia berbekalkan misi penting untuk melakar kemenangan pertama dalam aksi pembuka tirai kumpulan C pada petang Khamis.

Advertisements

Kesebelasan utama Australia diketuai oleh tonggak AS Roma, Mathew Ryan sambil Bahrain turun dengan formasi 4-4-2 dan mengharapkan bisa Kamil Al Aswad di jentera serangan.

Advertisements
Advertisements

Permainan bermula seimbang di 30 minit pertama dengan pelawat lebih banyak mengatur serangan hasil larian deras daripada pemain sayap, Ali Madan dan Jasim Marhoon.

Penyerang Australia, Kusini Yengi memiliki peluang terbaik untuk meletakkan Socceroos di hadapan pada minit ke-42 namun malang, tampanannya sedikit tersasar ke sisi pintu gol.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Australia 0-0 Bahrain.

Kembali dari rehat, intensiti perlawanan mula meningkat dan insiden-insiden panas berlaku menyaksikan beberapa pemain dilayangkan kad kuning serta diberi amaran oleh pengadil.

Malang buat tuan rumah apabila Kusini Yengi diperintah keluar padang akibat kad merah pada minit ke-77 kerana mengangkat kaki terlalu tinggi ke arah pemain Bahrain.

Kelebihan 11 pemain digunakan sebaiknya Bahrain untuk memperoleh jaringan pertama menerusi gol sendiri Harry Souttar ketika permainan berbaki 2 minit untuk dimainkan.

Aksi di Cbus Super Stadium berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Bahrain.

Advertisements

Selepas ini, Australia akan terbang ke Jakarta dan bertemu pasukan Indonesia pada 10 September manakala Bahrain akan menerima kunjungan gergasi Asia, Jepun pada 11 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram