Eropah
Advertisements

Perlawanan suku akhir Euro 2020 di antara Itali dan pasukan nombor satu dunia Belgium pada pagi Sabtu lepas pastinya diwarnai dengan kekebalan benteng Itali gandingan pemain veteran Giorgio Chiellini dan Leonardo Bounucci. Ianya sekaligus membantu Itali menewaskan pasukan ranking nombor satu dunia itu dengan jaringan 2-1.

Pasti ramai sedia maklum keserasian dua pemain ini yang sudah lama bergandingan bersama dalam lebih 400 perlawanan untuk Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.

Dalam satu temubual dari media Itali beberapa bulan lepas, Chiellini ditanyakan soalan berkenaan keserasian dengan pemain-pemain di posisi pertahanan tengah bagi kelab Juventus.

Lantas beliau menjawab “Saya semakin memahami Mathijs De Ligt selepas lebih setahun mengenali beliau. Begitu juga dengan Merih Demiral. Tetapi kini, saya ingin beritahu bahawa saya lebih mengenali Christian Bonucci lebih dari saya mengenali isteri saya” katanya seloroh.

Advertisements
Chiellini Chiellini Akui Mengenali Bonucci Melebihi Isterinya Sendiri
Chiellini menyarungkan lilitan kapten kepada Bonucci


Daripada jawapan yang diberikan Chiellini dapatlah kita simpulkan bahawa ternyata chemistry antara kedua-dua pemain ini sangat baik dan menjadi pasangan bek tengah paling ideal dalam pasukan yang diwakilinya.

Walaupun sudah berusia 36 tahun dan boleh dikategorikan sebagai veteran, Chiellini sentiasa memberikan aksi yang terbaik dan layak menjadi contoh kepada bakat muda di kelab Juventus mahupun pasukan kebangsaan Itali.

Kredit Video Juventus Youtube Channel
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram