Pengalaman Berharga Malaysia Uji Jerman & Amerika Syarikat
UltraSukan
Persatuan Sukan Orang Pekak Dunia
Sponsors

Skuad bola sepak pekak Malaysia mengakhiri kempen Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia (WSDF) 2023 dengan kekalahan 1-0 di tangan Mesir semalam.

Biarpun berstatus pasukan bukan pilihan, The Deaf Tigers membuktikan mereka pasukan yang liat ditewaskan Mesir dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Ad
Sponsors

Ini memaksa pasukan dari Afrika Utara itu menunggu sehingga minit ke-77 untuk meraih gol kemenangan. Walaupun tewas, prestasi mereka jauh lebih baik berbanding semasa tewas 8-0 di tangan Jerman beberapa hari lepas.

Ad

Dan perkara ini membanggakan jurulatih The Deaf Tigers, Haris Lajid. Beliau percaya dengan potensi yang dimiliki anak-anak buahnya, mereka mampu tampil cemerlang dalam WSDF edisi seterusnya.

“Mereka membuktikan kepada saya bahawa mereka boleh beraksi. Mereka mampu beri saingan kepada Mesir yang merupakan pencabar utama kali ini.

Ad

“Sasaran saya adalah kejohanan tahun depan, (pasukan) ini dalam pembikinan,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Ad

Malaysia mengakhiri kempen WSDF 2023 di tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata.

Ad