Pengalaman Di Eropah Mantapkan Persiapan Annil Vigneswaran Bersama Skuad Bawah 20 Tahun Negara
Dunia
Instagram: @SGV Freiburg
Advertisements

Pemain skuad bawah 20 tahun negara. Annil Vigneswaran optimis untuk membantu skuad bawah 20 tahun negara setelah nama beliau tersenarai dalam kalangan pemain yang dipanggil untuk ke kem latihan oleh Brad Maloney.

Pemain tersebut yang beraksi di liga divisyen kelima di Jerman bersama SGV Freiburg percaya bahawa pengalaman yang ditimba bersama kelab tersebut bakal menjadi modal persiapan terbaik dalam usaha mengisi kesebelasan utama pasukan bimbingan Brad Maloney itu.

Menurut laporan oleh Zulhelmi Zainal Azam, seorang wartawan Astro Arena, Annil dilaporkan baru sahaja beraksi dalam final DFP Pokal ketika menentang VfB Stuggart.

Advertisements

Sungguhpun pasukannya tewas 3-1, namun Annil diberikan kepercayaan oleh jurulatihnya untuk beraksi dalam 90 minit dalam perlawanan tersebut.

Menurut penjelasan Annil, beliau amat bermotivasi tinggi di sana ditambah pula dengan kehadiran para penyokong yang terus memberikan sokongan kepada pasukan untuk memperagakan aksi yang terbaik.

“Ia satu permulaan yang baik menuju ke pra musim bersama pasukan.”

Advertisements

“Dalam satu atau satu setengah bulan lagi, kami bakal memulakan saingan musim baru.”

Oleh yang demikian, pemain ini nyata bersemangat untuk menggunakan segala imu yang diperoleh di sana untuk membantu kecemerlangan skuad negara dalam kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun negara yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Antara nama besar lain yang turut dipanggil bagi mengetuai cabaran negara ialah pemain KV Kortrijk iaitu Luqman Hakim Samsudin dan juga pemain Akron Zips iaitu Wan Kuzri Wan Kamal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram