Pengalaman Sepak Takraw Bantu Safawi Rasid Jaringkan Gol Bertaraf Puskas

SAFAWI RASID 6 Pengalaman Sepak Takraw Bantu Safawi Rasid Jaringkan Gol Bertaraf Puskas
Haziq / MakanBola
Azri Haziq @azrihazq
1:06pm 15/06/2023

Pengalaman bergelar seorang pemain sepak takraw jelas memberi kelebihan kepada sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ketika mencatat nama sebagai penjaring.

Pemain berusia 26 tahun ini telah menjaringkan satu gol bertaraf puskas ketika aksi persahabatan antara Malaysia dan Kepulauan Solomon pada semalam. Ledakan sempurna Safawi Rasid pada minit ke-77 permainan memastikan Malaysia meraih kemenangan bergaya mengatasi Kepulauan Solomon, 4-1.

https://twitter.com/astroarena/status/1668992097280557056?s=46&t=HGEzW3G-yPq7epcyuMVIEg

Untuk rekod, ketika di bangku sekolah Safawi mencipta nama lebih awal sebagai seorang pemain sepak takraw. Beliau terpilih untuk mewakili negeri Terengganu di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bagi acara sepak takraw.

Bagaimanapun, di usia 15 tahun, beliau membuat keputusan untuk memilih bola sepak sebagai profession setelah terpilih mewakili pasukan bola sepak Terengganu dalam kejohanan MSSM. Sejak itu, fokus Safawi tertumpu kepada sukan bola sepak.

Safawi dalam pada itu ketika ditemu bual menjelaskan bahawa latihan tambahan merupakan salah satu kunci kepada kejayaannya hari ini.

“Saya dan rakan sepasukan di JDT selalu membuat latihan tambahan. Sebelum mula latihan dan juga selepas latihan. Saya rasa latihan tambahan inilah yang membantu dalam meningkatkan prestasi kami,” ulas Safawi.

Ternyata pengalaman lepas yang dimiliki anak jati kelahiran Terengganu ini telah dimanfaatkan sebaik mungkin ketika beraksi di atas padang. Nama Safawi kini terus meniti di bibir peminat bola sepak tempatan apabila aksinya sering memberikan khabar gembira buat kem negara.