Pengendali Bali United Ada Sebab Tersendiri Kenapa Tersingkir
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pengendali Bali United, Stefano Cugurra jelas sekali kecewa selepas melihat skuad kendaliannya terkandas di peringkat kumpulan Piala AFC walaupun beraksi sebagai tuan rumah.

Mereka perlu menelan hakikat bahawa usaha keras yang dipamerkan masih belum mencukupi untuk membawa Bali United ke pusingan kalah mati.

Stefano Cugurra atau lebihi dikenali sebagai Teco mengakui antara sebab utama yang menyebabkan penyingkiran awal Bali United adalah kerana ketumpulan penyudah.

Advertisements

“Perlawanan pertama kami menentang Kedah sangat bagus dan melawan Kaya, kami menang 1-0. Namun kami masih kurang dalam bab penyudah sedangkan kami memerlukan jaringan yang lebih dari itu (1-0),” jelas Teco kepada goal.

“Ketika menentang Visakha kami bermain kurang baik (tewas 5-2) itu yang jadi masalah. Kami perlu terima kekalahan, ini bola sepak. Kami perlu belajar dari situ. Jika masih berpeluang selepas ini, kami perlu lebih bersedia dan lebih kuat,” sambungnya lagi.

Selepas Bali United berjaya menewaskan Kaya 1-0 semalam, para penyokong Bali United melaungkan lagu “AFC Gagal Lagi” selepas melihat pasukan kesayangan mereka gagal lolos ke pusingan kalah mati Piala AFC yang dijadualkan akan berlangsung di Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram