3 Calon Pengganti Safiq Rahim Yang Sedang Hangat ‘Diburu’
Dunia
Selangor-Sri Pahang-Johor Southern Tigers
Advertisements

Kepulangan Safiq Rahim ke pangkuan Harimau Malaya nyata memberi suntikan terbaik di bawah kendalian Kim Pan-gon apabila menjadi watak penting dalam perlawanan persahabatan Tri Nations baru-baru ini.

Namun begitu, khidmat bekas kapten pasukan kebangsaan ini juga sudah pastinya sebagai pelan jangka pendek memandangkan usianya yang sudah pun mencecah 35 tahun membataskan peluangnya untuk beraksi dengan lebih lama.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa orang perancang tengah berbakat yang dirasakan mampu untuk mengisi kekosongan sekiranya khidmat Safiq tidak lagi ditagih oleh Harimau Malaya.

Advertisements

3. Mukhairi Ajmal

Pemain muda pasukan Selangor FC ini merupakan antara perancang tengah berbakat yang dimiliki di Malaysia. Beliau menikmati musim cemerlang bersama Selangor FC musim lalu apabila menjadi tunjang uama di bahagian tengah pasukan.

Pemain berusia 21 tahun itu mempunyai ketengan untuk mengawal jentera tengah selain kebolehannya untuk melakukan hantaran-hantaran berkualiti ke dalam zon bahaya telah menjadikannya seorang pemain tengah yang sangat berkualiti.

Advertisements

Sepanjang musim lalu, beliau telah pun beraksi sebanyak 20 perlawanan selain merekod satu gol dan juga satu bantuan gol selain melakukan hampir 29 kali percubaan sepanjang beraksi.

Bukan itu sahaja, beliau kini menjadi tunjang utama dalam perancangan jurulatih, Micheal Feichtenbeiner untuk terus membantu Selangor memburu slot ke Asia musim ini.

2. Azam Azih

Advertisements

Perancang tengah pasukan Sri Pahang ini kekal memperagakan persembahan yang amat memberangsangkan untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Beliau kekal menjadi pilihan utama jurulatih, Dollah Salleh musim lalu sungguhpun pasukannya tidak melalui musim yang baik.

Ketenangan dan kemampuan luar biasanya untuk melakukan hantaran-hantaran berbahaya telah membantu pasukan untuk kekal bersaing dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Malah, pemain kelahiran Maran, Pahang ini berjaya menjadi pemain paling banyak melakukan hantaran ke zon bahaya bersama Sri Pahang musim lepas.

Kecemerlangan Azam ini sudah pasti boleh ditagih oleh Kim Pan-gon dalam usaha untjk memantapkan lagi jentera tengah pasukan.

1. Afiq Fazail

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini merupakan antara perancang tengah terbaik yang dimiliki oleh pasukan tersebut.

Beliau juga merupakan antara pemain tengah tempatan yang paling banyak memperoleh minit permainan di bawah kendalian Benjamin Mora sungguhpun terpaksa bersaing dengan pemain import.

Afiq yang sering memainkan peranan sebagai ‘box-to-box’ midfielder ini kekal menjadi antara tonggak penting sejak 2-3 musim kebelakangan ini.

Beliau juga terkenal dengan kemampuan untuk menjaringkan gol-gol luar biasa termasuklah ketika menentang KL City FC tempoh hari.

Pemain kelahiran Pontian, Johor ini telah membantu JDT untuk meraih pelbagai koleksi kejuaraan termasuklah Liga Super dan juga Piala Sumbangsih baru-baru ini.

Afiq juga dijangka mampu untuk memainkan peranan yang penting di bawah kendalian barisan jurulatih baharu Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram